Tuesday, February 7, 2012

key word for my self....


Jangan pernah menyesali hidup yang sedang kita lalui sekalipun itu hanya untuk satu hari sahaja.
Hari-hari yang baik memberikan kebahagiaan , hari-hari yang kurang baik memberi pengalaman. Kedua-duanya memberi pengertian dalam hidup ini. Itu harus kita akui......

Saturday, February 4, 2012

Layan Perasaan Jap....(,")/


Cinta?
Apa itu cinta...adakah hanya bermakna pada katanya sahaja? Bagiku cinta itu lahir dari lubuk hati yang tersirat dan dapat melihat dari yang tersurat. Cinta itu suci, anugerah dari Maha Esa. Suatu perasaan yang tak akan nampak pada zahir tapi dapat dirasai pada batin.
Dulu aku tidak mengenal apa erti Cinta. Bagiku Cinta ini hanyalah sekadar pada nama. Namun setelah usia yang kian mendewasakanku ini, baru ku kenal erti cinta. Cinta agung bagiku adalah pada Allah SwT, Rasulallah saw dan keluargaku.
Seperti manusia biasa yang lain di dunia, aku juga tidak terlepas dengan kelekaan permainan duniawi. Aku  seperti helaian bulu pelepah terbang mengikut bawaan angin perasaan , dibuai mimpi indah, dihanyuti janji-janji suci..Namun semua itu hanyalah mimpi apabila janji hanya sekadar janji  dan tidak pernah ditepati.

Itu semua adalah kisah lama....

Hidup bagaikan dikaburi  satu dugaan yang datang menghimpit dan seolah bagaikan lemas dalam suratan yang tertulis apabila kekecewaan datang bertandang.
Perkara biasa bagi setiap individu yang putus cinta  yang sebahagian besar tindakan  dan pilihan mereka akan dikuasi emosi.  Apabila emosi mula mengawal diri, maka sukar untuk kita berfikir secara rasional.  Kita akan mula menangis tanpa menghiraukan orang sekeliling. Selain itu kita juga tidak ada nafsu untuk makan dan akhirnya tidak menghiraukan kesihatan diri dan paling teruk sekarrang ini ada yang sampai membunuh diri.... Ish...ish...teruk....
So x payah la sangat nak layan perasaan tu....hehehe...mybe untuk u all, ive got a good tips untuk tidak hanyut dalam perasaan putus cinta...

1. Jangan Contact dia!!

Jangan call, sms, e-mail atau apa- apa cara sekali pun yang berkaitan dengan menghubungi. Jangan lakukan sebarang komunikasi denga dia. Biarkan keadaan ini berlalu selama yang mungkin.emm...

2.Jangan Contact or cerita masalah dengan best freind dia...

Disebabkan tidak dapat dekat dengan dia, akhirnya kita memilih untuk menghubungi kawan dia dia dan meluah masalah kita dengan ex kita tu. U all tau tak  ini akan memburukkan lagi keadaan dan bukannya memperbaiki keadaan...Sebab kita tak akan boleh move on langsung..Trust me...

3.Luahkan Masalah Kita Hanya kepada Teman Rapat kita Sahaja!

Masalah cinta seperti ini kita perlukan seseorang yang betul- betul rapat dan memahami jiwa kita. Teman sebegini mestilah seseorang yang betul- betul boleh mendengar dan menjiwai masalah . Cari mereka dan luahkan segala masalah perhubungan cinta yang kita hadapi. Ahli keluarga juga mungkin menjadi pilihan yang baik untuk diluahkan.

4. Jangan Biarkan Diri  Keseorangan

Amaran! Jangan sesekali letakkan diri  berseorangan. Mungkin kita perluankan masa untuk bersendirian tetapi hakikatnya kita sebenarnya perlukan teman. Dengan erti kata lain, kita perlukan pasangan kita. Apabila kita letakkan diri keseorangan, maka kita akan cenderung untuk menghadapi masalah kemurungan “stress”.

5.Hadiahkan Diri Sendiri Dengan Sesuatu yang Menyeronokkan

Kita perlu sedar bahawa kita sedang bersedih. Jika kita terus bersedih maka, tiada penyelesaian dapat  dilakukan. Oleh itu, kita perlu hadiahkan diri  sendiri dengan sesuatu yang ceria dan menyeronokkan. Pergi bercuti ke tempat yang asing daripada tempat kita mungkin boleh membantu untuk meredakan kesedihan. Belikan sesuatu yang berharga kepada diri sendiri sebagai hadiah kerana kerana mampu mengharungi perpisahan ini...



Reminder!!!!

 …  Katakan kepada diri anda sendiri bahawa semua ini adalah “Normal”. Adalah normal jika kita sedang besedih dan kecewa sekarang. Anggap bahawa kita sedang menjalani satu ujian daripada Tuhan. Ujian di mana akan memberi kita hikmah jika kita berjaya mengharunginya....

So adalah lebih bagus kita focus pada study and karier kita....Buat yang terbaik....harus percaya takdir jodoh adalah di tangan Tuhan...Allah sentiasa mangambil yang buruk untuk digantikan yang lebih baik...Always ingat Allah and family,jujur,berfikiran positif ,happy2 selalu...jangan membazirkan waktu yang terhad di dunia ini dengan air mata yang sia2...Hiasi la kehidupan dengan senyuman serta keperibadian yang baik..Insyallah everything will be ok soon...
 
 
 
 

Vacation Ke Pulau Pangkor bersama Family...

ok2...meh2 kali ni nak citer sikit psl percutian. Last Week 21 hb Jan 2012, aq and family pergi bercuti ke Pulau Pangkor sempena aq balik cuti sem and celebrate birthday abah and yam...mmg best..salah satu percutian kami sekeluarga yang tak dapat dilupakan. Pulau Pangkor ni terletak di Perak, so aq dengan family bertolak dari KL dengan menaiki RE 2888 kereta kesayangan yang dipandu oleh abah ke Lumut Perak, sebab dari Lumut nanti baru kami naik feri ke Pulau Pangkor.hehe......


So kami bertolak pagi Sabtu jam seawal 7 pagi...Kabornye perjalanan ke Perak tu mngambil masa selama 2 jam tapi dah lain citer nampaknyer...emmmmm... Setibanya kami di Rawang, jem mmg teruk gila babi la....patutla cuti raya cina kan....semua pakat2 pergi bercuti la, n blk kampung ke sebelah utara... Kira dalam sejarah aq tgk jem kat highway mcm tu...Punya la sakit pnggang,perut n bosan semua ada. Mak deng Yam dah bising-bising, abah pun naik fed up...yang si Ifral pulak asyik dok tanya bila nak sampai...hampeh betul....aq Rilek je...nasib baik ada hoT Fm yang mndendangkan lagu best2 time tu...apa lagi...melayan la aq smbil mengimbau kembali kenangan lalu...Chewwahh......
Akhirnya kami berhenti di stesen minyak di slim River jam 12 tengah hari sebab time tu mmg x thn la aq dgn mak nk buang air...Jadi abah terpaksa parking kereta tepi jalan jauh dari stesen minyak tu....sebab jem terok and tak habis lagi...polis pun x jaga...mmg hampeh...dengan laparnyer time tu...Nasib baik mak beli nasik lmak2 pagi-pagi bfore bertolak...Mak mmg best kalau bab2 ready makanan awal2 ni...luv u la mak....kteorang berkelah kat tepi jalan tu...Lepas dah siap makan...perjalanan diteruskan kembali....
Dalam jam 4.30 petang belum lagi sampai...lama kan...ni bukan 2 jam...kira dah satu ari dah ni..heheh, tiba-tiba pulak kami sesat cari Lumut tak jumpa...abah salah terima information dahla ni first time pergi Pulau Pangkor. Bertanyakan orang la jawapnyer...Aku paling kesian kat abah la time tu....emmm kaki dia sakit,letih and pening kepala semua ada....
Jam 5.30 petang,akhirnya kami sampai dengan selamat di Jeti Lumut Perak. Sebelum naik bot, kami sefamily makan dulu...yang aku lebih tertarik dengan barang2 dijual dekat situ...rambang mata la gayenya....Jam 6, kami menaiki sebuah bot..Petang tu mmg cukup indah, semasa atas bot, aku dengan family dapat tengok laut dengan tiupan angin petang..Jam 6.30 kami sampai di Pulau Pangkor,penat masih tak dirasai sebab happy sangat dengan kecantikkan Pulau Pangkor tu. Malam tu selepas makan malam di resort kami menginap, kami sekeluarga tidur awal sebab tertalu letih..
Keesokan paginya dalam jam 9 pagi, kami sekeluarga berserapan terlebih dahulu di cafe resort tersebut. Memang terbaikla makanan dia..tak menghampakan,,,sedap dan murah...heee..Cuaca pagi time tu hujan, tapi kami redah jugak pergi ke pantai sebab Ifral sbuk nak mandi laut. Jadi kami pun pergi bermain air di pantai dalam keadaan hujan semakin lebatnya...Kenangan tak dapat dilupakan aku. Aku join kejap je time tu, lepas tu aku pergi tempat berteduh sambil memerhatikan gelagat family aku yang sememangnya melucukan hati. Mesti rindu saat-saat macam ni time balik Sabah nanti.emmm
Cuaca semakin baik bila ke tengah hari, abah mengambil keputusan untuk membawa kami pergi snorkeling iaitu aktiviti menyelam tengok hidupan laut di permukaan air laut. First time ni..dahla kami sekeluarga tak panai berenang...tapi mak cakap redah je ..heheh..Kami terpaksa memakai jacket keselamatan yang disediakan..dan google untuk menyelam nanti.. Yang tak bestnya aku kelihatan sangat GEMOKK time pakai life jackett tu..sgtt tak best..eee..Kami pun menaiki bot yang agak laju ke pulau berhampiran untuk menyelam. Apabila sampai di Pulau tersebut, aku dengan semangatnya pergi ke laut untuk menyelam. Family aku tertinggal di belakang kerana masih dlam keadaan menyesuaikan diri dalam air laut tu..hehe,
Pada mulanya aku agak panic bila air laut semakin membawa aku ketengah, dahla aku tak pandai berenang,sorang pulak tu. Tapi keyakinan dan keberanian dalam diri semakin menebal dan aku hanya merilekkan diri...
Wahhh ni part best dah ni...tiba2 berhampiran aku tu ada sekumpulan lelaki sedang menyelama jugak,pandangan aku tertarik pada seseorang dan dia juga memandang tepat ke arah aku sambil mengukir senyuman..mata ke mata pulak tu. Aku pun membalas senyuman, ye la nnt dia igt aku sombong pulak. Di menegor aku, "sorang je ke?" aku mejwap yang aku bersama family..Di tengah lautan tu kami sempat berkenalan dan berbual panjang sambil mencari ikan..Dia membawa aku ke tengah dan memberi aku roti untuk diberikan kepada ikan..kenangan yang sangat best..aku dapat tengok banyk ikan cantik2 dalam lautan even air laut ketika itu sangat keruh. Thnx so much kepada dia yang tidak ku kenali itu sebab membawa aku untuk melihat ikan. Tiba-tiba,muncul irham dan abah memanggil aku untuk menyelam bersama mereka. Aku meninggalkan sidia tanpa mengucap selamt tinggal dan bertanyakan nama..sungguh sedih. Sewaktu ingin pulang ke resort aku sempat menoleh untuk mencari si sia..tetapi tidak jugak kelihatan..mungkin dia dah balik..x pe la xde rezeki untuk berknalan dan mengetahui nama. Sehingga hari ini aku masih mengingati si Dia. Aku dah lupa wajah dia, tapi aku masih ingat senyuman dia..emmmm
Kami pulang ke resort untuk membersihkan diri dan berehat. Pada sebelah malam kami sekeluarga makan malam iaitu ikan bakardan ketam..memang sedap...malam itu jugak kami tidur awal kerana terlalu letih..
23 Jan tengah hari kami bertolak pulang ke KL. Sewaktu pulang, di perhentian teramat la sesak dengan orang berpusu2 untuk menaiki mood. Aku time tu dah ilang mood..penat campur pening kepala.
Kami sampai di Kl kira-kira jam 9 malam..Even terasa penat yang amat sangat..tapi percutian pada kali ini sngat best...aku tak kan lupa smpai  bila2..So pengajarannye ...Bercuti bersama FAMILY akan mengeratkan hubungan sesama sendiri dengan mak abah dan adik2..LOVE THem SO Much...Muaaxxhh  <3