Thursday, December 27, 2012

Trip ke Kundasang Sabah...with Theatre Freind..

We all at Kinabalu Park
Memory Picca..

For study week and melepaskan kegembiraan selepas habis berproduksi Projek Akhir Tahun 3, We all telah mengatur planning ke Kundasang Sabah..Pada mulanya aku malas nak pergi sebab penat, nak study for final exam dan banyak urusan yang belum diselesaikan..tapi akhirnya tergerak hati nak follow deorang semua. Tak ramai yang pergi, malah kami 16 orang pun tak cukup bila di sana...sedih jugak sebab takut tak ada geng.. But finely aku rasa happy di sana...dapat jugak tengok Gunung kinabalu dari dekat.pemandangan yang indah dan.sejuknya tak terkata...


Me ILYA.. :)

So so so... aku harap one day aku akan pergi lagi...bersama orang tersayang...chewwahh.. Kinabalu i will miss u..


                                                             Di Ladang Lembu Kundansang :)
                                                                              Peace...

Tuesday, December 25, 2012

Cetusan teater "Prebet Cinta Berahi"

Dah seminggu berlalunya projek akhir  aku iaitu Pementasan Teater Prebet Cinta Berahi...Tak sangka..berjaya juga aku membawa watak Sofea di atas pentas..even x berapa ok..at least aku mencuba..first time pgang main karakter dalam teater sebab selalu di bahagian pengurusan produksi dan pentas je..Tapi kali ni aku diberi tanggungjawap untuk dinilai dari aspek lakonan...

Sofea dalam PCB

Latar Belakang

‘Prebet Cinta Berahi’ merupakan genre realisme yang di adaptasi dari naskah Street Car Named Desire hasil karya penulis agung  karya teater moden di Amerika iaitu Tennese Williams. Sebelum ini, karya moden  ini telah diadaptasi menjadi Trem Bernama Desire, berikutan untuk diperkenalkan di Malaysia. Oleh itu ‘Thespian Laboratory’ telah mengadaptasikannya sekali lagi dengan membawa kepada pendekatan yang berbeza iaitu antara kehidupan masyarakat tempatan di Bandar Kuala Lumpur dengan Timur. Hal ini kerana, karya Tennese Williams ini sebenarnya mengetengahkan masalah manusia terutamanya sekali perihal wanita yang begitu lemah, rapuh, senang dibinasa, dan menjadi mangsa kaum lelaki di Barat ketika itu yang juga kita dapat lihat di Malaysia kini. Namun, masalah ini kurang diberi perhatian oleh segelintir masyarakat. Melalui pementasan Prebet Cinta Berahi ini, dapatlah dijadikan sebagai media kritikan untuk menyampaikan mesej ini kepada penonton yang juga masyarakat tempatan.
Sinopsis
‘Prebet Cinta Berahi’ mengetengahkan watak Tengku Nabila dan kakaknya Tengku Sofea dari Bandar Ibu Kota Kuala Lumpur. Keluarga mereka ialah keturunan kerabat keluarga diraja dan berada, dan mereka tinggal di sebuah Villa mewah di Bukit Tunku yang diberi nama ‘Villa Impian’. Nama Villa yang mereka diami sebenarnya menjadi subteks kepada drama ini, kerana mereka terleka dan nyeyak tidur, sedangkan pada hakikat siangnya meraka sebenarnya hanyut dan berhadapan dengan realiti yang membinasakan. Villa Impian kediaman mereka dan Impian Holdings iaitu legasi keluarga mereka akhirnya jatuh ke tangan bank dan firma-firma yang meminjamkan duit kepada kaum lelaki keluarga itu untuk memenuhi nafsu kejatanan mereka serta ketamakkan dan perebutan kuasa, harta atara adik beradik.
Cerita bermula dengan kemunculan Tengku Nabila (Bella) ke rumah adiknya Tengku Sofia (Sofia) yang sudah lama tidak bertemu. Bella seorang gadis jelita yang lewat umur datang dengan dihantui kenangan perkahwinannya yang hancur serta skandal di bandar dan juga peristiwa berdarah keluarga mereka. Dengan membawa diri ke perkampungan pinggir Pantai Cinta Berahi di Kelantan untuk tinggal bersama-sama adiknya Sofea,  malangnya adik iparnya tidak merestui kehadirannya dan telah membongkar sejarah serta detik-detik hitam dalam hidup Bella.

Ahli Produksi Thespian Laboratory
"Prebet Cinta Berahi"
Gabungan
Thn 1,2 dan 3
will miss them so much...