Wednesday, May 4, 2011

Bukan Sekadar Lakonan.....

Bengkel Teknikal yang diadakan akan memantapkan lagi kefahaman student dalam bidang pengurusan dan teknikal dalam teater. Jelas sekali, teater bukan sahaja memantapkan lakonan dan keyakinan sesorang itu malah memberikan pengalaman dalam bidang pengurusan yang akan diaplikasikan untuk masa depan......

Seorang Pelakon dalam lakonan....

Pelakon seperti juga sutradara dan pereka, adalah seorang penterjemah. Ia menjelaskan apa yang terkandung di dalam naskah; kata-kata, idea dan perasaan penulis naskah. Tanggungjawab seorang pelakon ialah menafsir makna yang terkandung di dalam naskah dan menjelaskan emosi tersebut kepada penonton. Hubungan antara pelakon dengan penonton berbeza sama sekali jika dibandingkan dengan sutradara atau pereka. Hubungan mereka adalah secara langsung. Pelakon mampu mengetahui dan merasa secara langsung respon yang diberikan oleh penonton terhadap apa jua tindakan dan ucapan yang dibuat oleh pelakon berkenaan, sekaligus melakukan pengubahsuaian emosi bersesuaian dengan respon tersebut. Emotional interchange dengan penonton inilah antara keunikan yang terdapat di dalam sebuah lakonan. Walaubagaimanapun pengubahsuaian emosi ini tidaklah boleh dibuat secara sembarangan kerana pelakon bukanlah bersendirian di dalam membuat persembahannya. Pengubahsuaian itu tertakluk kepada syarat dan peraturan tertentu. Pengubahsuaian yang keterlaluan akan memberikan kesan kepada pelakon lain dan sekaligus menjejaskan keseluruhan persembahan; merosakkan tempo persembahan, timing lakonan, nilai dramatik persembahan dan lain-lain.
Tanggungjawab utama seorang pelakon ialah menggambarkan imej dan perawatakan watak yang diperannya. Dalam usaha menggambarkan perwatakan watak, ia tidak hanya tertakluk kepada lahiriah atau fizikal watak semata-mata malah ia melibatkan keseluruhan aspek watak dan perawatakan (life-size portrait). Perwatakan watak yang digambarkan itu mestilah mampu ditafsirkan oleh penonton serta sesuai dengan keperluan dramatik persembahan (naskah) atau kehendak sutradara. Pelakon bukan setakat menzahirkan perwatakan watak malah perlu menyesuaikan respon emosi perwatakan watak bersesuaian dengan tahap emosi penonton ketika itu.
Dari : Dr Andika Aziz, Pensyarah Teater Universiti Malaysia Sabah.

Lakonan yang agak mencabar...final exam asas lakon....dalam 'Malang' babak Misnah dihalau dari rumah..thnxs semua my grup suhail,madi,ct,ondey,suhaila,were,ita..good job:)

Misnah tidak berdaya...

Masih mengharap...kepercayaan dari suami

Difinah oleh adik ipar 'Dolah'

Misnah: Kita sudah sampai pada simpang jalan di mana kita akan berpisah.Kebenaran belum pasti bila akan kita temui,tapi apa yang misnah dapat katakan misnah di pihak yang benar bang.....!

Di sini jiwa dan minda bersatu....SPS Universiti Malaysia Sabah....



Will miss u all my dear classmate 1st year..good job semua..lakonan dalam teater yang baik...teruskan....:)