Saturday, February 4, 2012

Layan Perasaan Jap....(,")/


Cinta?
Apa itu cinta...adakah hanya bermakna pada katanya sahaja? Bagiku cinta itu lahir dari lubuk hati yang tersirat dan dapat melihat dari yang tersurat. Cinta itu suci, anugerah dari Maha Esa. Suatu perasaan yang tak akan nampak pada zahir tapi dapat dirasai pada batin.
Dulu aku tidak mengenal apa erti Cinta. Bagiku Cinta ini hanyalah sekadar pada nama. Namun setelah usia yang kian mendewasakanku ini, baru ku kenal erti cinta. Cinta agung bagiku adalah pada Allah SwT, Rasulallah saw dan keluargaku.
Seperti manusia biasa yang lain di dunia, aku juga tidak terlepas dengan kelekaan permainan duniawi. Aku  seperti helaian bulu pelepah terbang mengikut bawaan angin perasaan , dibuai mimpi indah, dihanyuti janji-janji suci..Namun semua itu hanyalah mimpi apabila janji hanya sekadar janji  dan tidak pernah ditepati.

Itu semua adalah kisah lama....

Hidup bagaikan dikaburi  satu dugaan yang datang menghimpit dan seolah bagaikan lemas dalam suratan yang tertulis apabila kekecewaan datang bertandang.
Perkara biasa bagi setiap individu yang putus cinta  yang sebahagian besar tindakan  dan pilihan mereka akan dikuasi emosi.  Apabila emosi mula mengawal diri, maka sukar untuk kita berfikir secara rasional.  Kita akan mula menangis tanpa menghiraukan orang sekeliling. Selain itu kita juga tidak ada nafsu untuk makan dan akhirnya tidak menghiraukan kesihatan diri dan paling teruk sekarrang ini ada yang sampai membunuh diri.... Ish...ish...teruk....
So x payah la sangat nak layan perasaan tu....hehehe...mybe untuk u all, ive got a good tips untuk tidak hanyut dalam perasaan putus cinta...

1. Jangan Contact dia!!

Jangan call, sms, e-mail atau apa- apa cara sekali pun yang berkaitan dengan menghubungi. Jangan lakukan sebarang komunikasi denga dia. Biarkan keadaan ini berlalu selama yang mungkin.emm...

2.Jangan Contact or cerita masalah dengan best freind dia...

Disebabkan tidak dapat dekat dengan dia, akhirnya kita memilih untuk menghubungi kawan dia dia dan meluah masalah kita dengan ex kita tu. U all tau tak  ini akan memburukkan lagi keadaan dan bukannya memperbaiki keadaan...Sebab kita tak akan boleh move on langsung..Trust me...

3.Luahkan Masalah Kita Hanya kepada Teman Rapat kita Sahaja!

Masalah cinta seperti ini kita perlukan seseorang yang betul- betul rapat dan memahami jiwa kita. Teman sebegini mestilah seseorang yang betul- betul boleh mendengar dan menjiwai masalah . Cari mereka dan luahkan segala masalah perhubungan cinta yang kita hadapi. Ahli keluarga juga mungkin menjadi pilihan yang baik untuk diluahkan.

4. Jangan Biarkan Diri  Keseorangan

Amaran! Jangan sesekali letakkan diri  berseorangan. Mungkin kita perluankan masa untuk bersendirian tetapi hakikatnya kita sebenarnya perlukan teman. Dengan erti kata lain, kita perlukan pasangan kita. Apabila kita letakkan diri keseorangan, maka kita akan cenderung untuk menghadapi masalah kemurungan “stress”.

5.Hadiahkan Diri Sendiri Dengan Sesuatu yang Menyeronokkan

Kita perlu sedar bahawa kita sedang bersedih. Jika kita terus bersedih maka, tiada penyelesaian dapat  dilakukan. Oleh itu, kita perlu hadiahkan diri  sendiri dengan sesuatu yang ceria dan menyeronokkan. Pergi bercuti ke tempat yang asing daripada tempat kita mungkin boleh membantu untuk meredakan kesedihan. Belikan sesuatu yang berharga kepada diri sendiri sebagai hadiah kerana kerana mampu mengharungi perpisahan ini...



Reminder!!!!

 …  Katakan kepada diri anda sendiri bahawa semua ini adalah “Normal”. Adalah normal jika kita sedang besedih dan kecewa sekarang. Anggap bahawa kita sedang menjalani satu ujian daripada Tuhan. Ujian di mana akan memberi kita hikmah jika kita berjaya mengharunginya....

So adalah lebih bagus kita focus pada study and karier kita....Buat yang terbaik....harus percaya takdir jodoh adalah di tangan Tuhan...Allah sentiasa mangambil yang buruk untuk digantikan yang lebih baik...Always ingat Allah and family,jujur,berfikiran positif ,happy2 selalu...jangan membazirkan waktu yang terhad di dunia ini dengan air mata yang sia2...Hiasi la kehidupan dengan senyuman serta keperibadian yang baik..Insyallah everything will be ok soon...
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment